Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan

Khamis, 20 November 2014

Mengukuhkan Perpaduan Kaum


Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali di seluruh dunia dengan keamanan dan keharmoniannya sungguh pun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Keamanan yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan walaupun pernah diuji dengan berlakunya beberapa tragedi berdarah seperti Peristiwa 13 Mei 1969 atau Pencerobohan di Lahad Datu pada awal tahun 2013, tidak pernah mematahkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Malah Malaysia dikatakan sebuah negara multi-racial yang paling selamat di rantau Asia Tenggara dan amat dikagumi oleh dunia kerana kelantangan pemimpin kita menentang dasar perkauman seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan serta penglibatan negara dalam misi keamanan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1994-1994), Bosnia (1993-1998) dan Timor Leste (2006).
Namun, untuk memastikan keamanan dan keharmonian ini berterusan bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia. Apakah perkara yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pihak untik mengekalkan  keamanan dan keharmonian ini? Antaranya ialah melalui perpaduan kaum dan toleransi agama.
Situasi kehidupan rakyat Malaysia yang berkongsi hidup dengan pelbagai kaum yang lain pastinya memerlukan pemahaman yang kukuh tentang konsep kefahaman terhadap perpaduan kaum. Perpaduan kaum ini adalah perkara yang amat penting untuk difahami setiap orang untuk memastikan keharmonian dalam masyarakat dapat diwujudkan. Apakah pula langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia akan terus kukuh? Ini boleh dilakukan melalui pelbagai langkah-langkah seperti berikut :
Amalan Ziarah Menziarahi
Penerapan Nilai-nilai Murni
Tingkatkan Semangat Patriotisme
Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan

Sebagai renungan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.




Rabu, 19 November 2014

Di Sebalik Sebuah IKLAN...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

            Aku nak cerita sedikit mengenai iklan. Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum sesebuah iklan itu kita lihat atau dengar di pelbagai jenis media seperti radio,tv,akhbar,online dan sebagainya...Sekadar perkongsian ilmu..kalau ada yg nak mengiklan di blog yang masih usia "bayi" ni...dialu-alukan...

Sejarah awal pengiklanan di Malaysia telah bermula seawal abad ke-18. Akhbar pertama yang telah diterbitkan di Tanah Melayu, The Prince of Wales Island Gazette pada tahun 1806 semasa Malaya masih di bawah pemerintahan British telah pun memuatkan iklan-iklan tertentu. Ketika itu iklan-iklan yang dimuatkan di dalam akhbar tersebut lebih kepada pengumuman oleh pihak kerajaan disamping iklan oleh pihak penerbitan akhbar itu sendiri. Perkara ini membuktikan bahawa industri periklanan di Malaysia telah bermula selari juga dengan perkembangan periklanan di Barat.
Pada tahun 1977, Lembaga Piawaian Pengiklanan (ASA) telah ditubuhkan sebagai satu sistem kawalan kepada pengiklanan di Malaysia berdasarkan beberapa piawaian etika periklanan dikuatkuasakan. Anggota ASA ini terdiri daripada :

- Malaysian Advertisers Association
- Association of Accredited Advertising Agents, Malaysia
- Malaysian Newspaper Publishers Association
- Media Specialists Association

Industri periklanan di Malaysia berkembang pesat mengikut peredaran zaman sesuai dengan kemajuan yang dikecapi. Dari iklan yang hanya menggunakan saluran yang terhad seperti akhbar atau radio dan televisyen suatu ketika dahulu, kini pelbagai media terkini seperti internet digunakan yang membawa kepada kemajuan yang pesat kepada industri periklanan negara. Tetapi sejauh mana pengamal iklan di negara ini mematuhi etika pengiklanan seperti yang telah ditetapkan dalam Kod Pengiklanan Malaysia? Iklan yang disiarkan melalui pelbagai medium media massa mempunyai impak yang agak besar kepada sosial masyarakat. Maka perkara ini perlulah diberikan perhatian yang serius kerana sememangnya pernah berlaku iklan-iklan yang diterbitkan di negara ini mengundang kontroversi yang boleh mengganggu keharmonian dalam masyarakat sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.


           Kod Amalan Periklanan Malaysia telah menetapkan semua panduan untuk menerbitkan sesebuah iklan yang meliputi semua aspek. Secara asasnya dikategorikan mengikut jenis produk dan perkhidmatan. Penetapan aspek-aspek yang perlu dipatuhi dalam kod ini bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan kreativiti kepada pengamal iklan dalam penerbitan mereka tetapi sebagai panduan yang jelas dan kawalan kepada setiap iklan yang dihasilkan.

Kod Amalan Periklanan Malaysia ini menegaskan :

1.         Kesemua iklan hendaklah sah, sopan, jujur dan benar.
2.         Iklan mestilah menonjolkan budaya dan keperibadian Malaysia,mencerminkan ciri berbilang bangsa penduduknya dan mendukung falsafah ‘RUKUN NEGARA’.
3.         Iklan tidak boleh mengenal pasti atau menjeniskan setiap kelompok bangsa itu berdasarkan jantina, pekerjaan, nilai tradisional dan latar belakang.
4.         Satu senarai statut yang melibatkan pengiklanan dinyatakan di hujung Kodini.
5.         Iklan mestilah mematuhi setiap segi undang-undang, common law atau statut. Iklan tidak boleh menyebarkan amalan perdagangan palsu.
6.         Tiada bahan iklan yang boleh menyentuh kesopanan etika yang secara
amnya dipatuhi oleh komuniti atau mengandungi istilah, perkataan atau hal perkara yang biasanya tidak dianggap boleh diterima dalam pertuturan secara sopan.
7.         Semua iklan hendaklah bertanggungjawab kepada pengguna.
8.         Kesemua iklan hendaklah mematuhi prinsip persaingan saksama
sebagaimana yang biasanya diamalkan dalam perniagaan.
9.         Tiada iklan yang seharusnya mendatangkan nama buruk kepada
pengiklanan atau mengurangkan kepercayaan terhadap pengiklanan
sebagai suatu perkhidmatan kepada industri dan kepada orang ramai.
10.       Iklan mestilah dibezakan dengan jelas daripada perkara yang lain.
Sumber Rujukan :