Ahad, 23 November 2014

Yahudi Akan Bunuh Dr Mahathir?




Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Islam yang Rejim Zionis Israel bersedia melancarkan misi untuk membunuh beliau jika perlu, sekalipun sudah bersara.

Hakikat itu diperakui oleh seorang cendekiawan Islam, Sheikh Imran Nazar Hosein yang pakar dalam bidang pengajian Islam, politik antarabangsa, dan ekonomi dunia.

Portal Suara Generasi Baru sebelum ini telah memuatnaikan sedutan ceramah Sheikh Imran yang membicarakan mengenai usaha Dr Mahathir yang mahu mewujudkan sistem perdagangan berasarkan dinar Islam(pengunaan syiling emas dan perak dalam urusan perniagaan).

“Jika Dr Mahathir (Tun) menghadkan (usaha untuk mempekenalkan dinar emas dan perak) hanya untuk urusan antarabangsa pihak Yahudi akan membiarkannya, kerana urusan tersebut hanya melibatkan sebilangan kecil negara dan tidak akan memberi kesan terhadap sistem perdagangan antarabangsa.

“Tetapi jika Dr Mahathir (Tun) berusaha untuk mengunakan dinar emas dan perak (di dalam urusan perdagangan di peringkat antarabangsa bagi mengantikan sistem yang sedia ada) mereka (Yahudi) akan membunuhnya” katanya.

Ini kerana umum mengetahui Dr Mahathir sejak dari dulu lagi begitu lantang mengkritik kekejaman Rejim Zionis.

Malah beliau memang terkenal sebagai penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi selain bersedia membantu mana-mana negara Islam yang dalam kesusahan atau tertindas.

Terbaru, kritikan pedas beliau terhadap serangan tentera rejim Zionis ke atas pertempatan penduduk Palestin di Gaza melalui artikel tulisannya yang berjudul “The Jews” (Yahudi) hingga didakwa mengakibatkan pengendali laman sosial Facebook menyekat pautan langsung pengguna FB ke blog berkenaan.

Dr Mahathir bagaimanapun turut memuat naik artikel berkenaan di akaun FB beliau – Dr Mahathir bin Mohamad, dan boleh dikongsi semua pengguna FB tanpa sebarang kekangan.

Bagaimanapun kelantangan dan kritikan tajam Dr Mahathir terhadap Israel itu selain semangat beliau membantu sesama negara Islam, khususnya dalam memajukan ekonomi bukan alasan yang cukup kuat untuk pimpinan rejim Zionis melaksanakan plot menamatkan riwayatnya.

Ini kerana rejim itu mempunyai keupayaan memekakkan telinga terhadap apa juga kritikan atau kecaman memandangkan semua itu tidak meninggalkan kudispun bagi mereka.

Malah rejim zalim itu juga mampu untuk mengambil sikap tidak menghiraukan resolusi mengecam atau mengutuk keras apa-apa tindakan mereka yang melanggar undang-undang antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kerana semua itu hanya tercatat di atas kertas tanpa boleh mencalarkan mana-mana bangsa Yahudi.

Apa yang digeruni pimpinan rejim Yahudi adalah idea-idea bernas daripada kebijaksanaan Dr Mahathir yang jika semua negara Islam bersatu-hati menerima dan mengguna-pakainya boleh meranapkan penguasaan Yahudi ke atas ekonomi dunia, sekaligus menjejaskan Israel dan meranapkan rejim Zionis.

Selain itu Dr Mahathir juga mempunyai ketajaman fikiran yang mampu mellihat segala maksud tersirat, muslihat atau niat jahat segala program dan agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam dan menguasai dunia.
 - See more at: http://lmmerah.blogspot.com/2014/08/yahudi-akan-bunuh-dr-mahathir.html#sthash.gRPyGLL1.dpuf

Jumaat, 21 November 2014

Aplikasi Galak Pengguna Tidak Guna Telefon Menang $30,000

Singapura - Sekumpulan pelajar dari Republic Polytechnic, Singapura telah diberikan $30,000 untuk membangunkan sebuah aplikasi yang berfungsi untuk memberhentikan pengguna dari menggunakan telefon mereka.

Libern Lin, Fang Lingqing dan Lester Yap memenangi geran di Splash Awards pada Selasa lalu bagi membangunakan idea aplikasi mereka "Apple Tree" yang akan dikeluarkan pada bulan Mac tahun depan.

Motif utama aplikasi Apple Tree adalah untuk menggalakkan penggunanya untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.

Aplikasi tersebut akan berfungsi sekiranya dua atau lebih pengguna aplikasi tersebut meletakkan telefon mereka bersama. Kemudian, aplikasi tersebut akan mencipta sebuah pokok apple virtual yang tumbuh di atas skrin. Semakin lama telefon-telefon itu dibiarkan bersama tanpa disentuh, lebih banyak buah epal yang akan tumbuh pada pokok tersebut. - Siakapkeli.com.my

Kejadian Langit Merah di Mekah


Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah. Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah.

Penularan mesej dan video ini telah menimbulkan perasaan takut sesetengah orang Islam di Malaysia sehingga ada yang mengatakan Kiamat hampir tiba. Memanglah Kiamat semakin hari semakin dekat dengan kita, takkanlah pula semakin jauh. Tetapi perlu diingat penyebaran perkara-perkara seperti ini bertujuan untuk menakut-nakutkan adalah salah. - Siakapkeli.com.my


Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2014/11/video-penjelasan-kenapa-kejadian-gelap.html#ixzz3JeipZBwX